kerinduan :"/





sampai bila aku harus menanggung rindu terhadapnya , aku sering bertanyakan soalan ini kepada diriku . semakin hari aku semakin merinduinya , andai ini dugaan dari-MU akan aku bertahan demi dirinya . tiada apa yang ku pinta selain dia , mungkin orang akan berkata aku gila atau bodoh , tapi tidak akan ku hiraukan kata-kata itu . kadang-kadang kita sendiri tidak dapat meneka apa yang bermain di fikiran kita tapi kita tahu yang dia sering muncul dalam fikiran kita , mungkin dia tiada disisi untuk menemani kita tapi dia tetap ada dihati kita . tanpa disedari air mata jatuh mengalir membasahi pipi , melalui air mata itu aku meluahkan segalanya . segala yang terpendam dan kerinduan yang lama aku pendam , mungkin sia-sia aku menangis tapi ia melegakan . air mata merupakan senjata utama wanita , ada sesetengah menceritakan dan memberitahu dari air mata . tapi ada sesetengah menggunakannya untuk menagih simpati , hina sungguh wanita seperti itu . tapi aku meluahkan apa yang ku pendam melalui air mata , kerana aku tidak pandai untuk berkata-kata . Tuhan menjadi saksi kerinduan ku , hati dan perasaan tidak pernah menipu . aku hanya mampu berdoa moga satu ketika nanti dapat aku melepaskan kerinduanku terhadapmu , mudah-mudahan Allah mempermudahkan jalan buat kita berdua . Amin Amin :") aku akan sentiasa menunggumu Ashraff Iqbal bin Al-Alfi .