hanya kamu !
dia merupakan lelaki yang menjadi pelengkap hidupku , mungkin kita masih baru tapi bagi ku hubungan kita seperti sudah lama terjalin . aku bersyukur sangat kerana dapat mengenalimu , memilikimu , mencintaimu dan mendapat kasih sayangmu . engkau sering membuat aku tersenyum sendirian , membuat aku ketawa walaupun sesekali engkau membuat aku terluka . tapi tidak mengapa kerana cinta dapat mengubati segalanya , aku sentiasa percaya akan dirimu sayang . tidak pernah terlintas dihati ini untuk memikirkan yang buruk mengenai engkau , aku percaya engkau lain dari mereka . aku dapat merasakannya , engkau pandai mengambil hatiku sayang . dan engkau paling suka kenekan aku , kadang-kadang aku takut kalau-kalau ada sahaja yang cuba merampas engkau dari aku . tapi engkau meyakinkan aku bahawa engkau hanya milikku dan tiada siapa dapat merampas engkau dari aku , begitu juga sebaliknya sayang . lidah ku kelu bila engkau memberitahu aku yang engkau bercerita tentang aku kepada papa , kakak dan adik . YA ALLAH , betapa gembiranya aku bila mengetahui mereka merestui kita sayang . betapa bersyukurnya aku , tapi sayang kerana pendapat mama berbeza . tidak mengapa , akan aku cuba untuk memenangi hati mama . aku akan tetap bersabar demi engkau , engkau sangat memahami aku . tiada apa yang dapat aku rahsiakan dari engkau , engkau yang terbaik buat ku sayang . hanya engkau yang aku mahu dan hanya engkau yang aku minta daripadaNYA supaya menjadi kekasih halal bagiku , tiada yang lain selain engkau Ashraf Iqbal Bin Al Alfi . maaf jika pernah menyakiti atau membuat engkau terasa hati , ada sebab untuk segalanya . aku hanya menyayangimu seorang , terima kasih buat segalanya sayang . cinta dan sayangku hanya untuk kamu seorang Ashraf Iqbal !